KESESATAN KITAB BARZANJI, QASHIDAH BURDAH DAN MAULID SYARAFIL ANAM

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO IRINGAN – [ Durasi – 10m 27s] -Kitab Barzanji Dan Nur Muhammad – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/_2lalazqMsMn] ]

KESESATAN KITAB BARZANJI, QASHIDAH BURDAH, DAN MAULID SYARAFIL ANAM

Muqaddimah

Kitab Barzanji adalah kitab yang sangat popular di kalangan kaum Muslimin di Malaysia dan Indonesia. Kitab ini merupakan bacaan wajib pada acara-acara Barzanji atau diba’ yang merupakan acara rutin bagi sebahagian kaum muslimin di rantau ini.

Kitab Barzanji ini terkandung di dalam kitab Majmu’atu Mawalid wa-Ad’iyyah yang merupakan kumpulan dari beberapa tulisan seperti: Qoshidah Burdah, Maulid Syarafil Anam, Maulid Barzanji, Aqidatul Awwam, Rotib al-Haddad, Maulid Diba’i, dan lain-lain.

Kitab yang popular ini di dalamnya banyak sekali penyelewengan-penyelewengan dari syariat Islam bahkan berisi kesyirikan dan kekufuran yang wajib dijauhi oleh setiap Muslim. Insya Allah akan kami jelaskan kesesatan-kesesatan kitab ini dan kitab-kitab yang menyertainya dalam kitab tersebut, sebagai nasihat keagamaan bagi saudara-saudara kaum muslimin. Dan sebagai catatan bahawa cetakan kitab yang kami jadikan rujukan dalam pembahasan ini adalah cetakan PT. Al-Ma’arif Bandung.

Maulid Barzanji dan Kesesatan-kesesatannya

Maulid Barzanji yang terkandung dalam kitab Majmu’atu Mawalid wa Ad’iyyah ini dalam halaman 72-147, di dalamnya terdapat banyak sekali kesalahan-kesalahan dalam aqidah, seperti kalimat-kalimat yang ghuluw (melampaui batas syar’i) terhadap Nabi, kalimat-kalimat kekufuran, kesyirikan, serta hikayat-hikayat lemah dan dusta.

Di antara kesesatan-kesesatan kitab ini adalah:

1. Mempercayai adanya “Nur Muhammad”

Penulis berkata dalam halaman 72-73:

وأصلى و أسلم على النور الموصوف بالتقدم و الأولية

Maksudnya, “Dan aku ucapkan selawat dan salam atas cahaya yang disifati dengan yang dahulu dan yang awal”

Jawapan kami: ini adalah aqidah tasawuf yang batil, orang-orang tasawuf beranggapan bahawa semua yang ada di alam semesta ini diciptakan dari Nur (cahaya) Muhammad kemudian bertebaran di alam semesta. Keyakinan ini merupakan ciri khas dari kelompok Shufiyyah, keyakinan mereka ini sentiasa wujud dalam kitab-kitab mereka.

Ibnu Atho as-Sakandari berkata: “Seluruh nabi diciptakan dari Ar-Rahmah dan Nabi kita Muhammad adalah ‘Ainur Rahmah.” (Lathaiful Minan hal. 55)

Sudah maklum kepada setiap muslim bahawa Rasulullah s.a.w. adalah manusia biasa yang dimuliakan oleh Allah dengan risalah-Nya sebagaimana para rasul yang lainnya, Allah berfirman:

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَملًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا(1110)

“Katakanlah: Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kalian, yang diwahyukan kepadaku: Bahawa sesungguhnya Ilah kalian itu adalah Ilah Yang Esa”. (Surah Al-Kahfi, Ayat 110)

[ Nota – Perbincangan Tentang Kesesatan Konsep Nur Muhammad boleh diikuti di sini: https://asasislam.home.blog/2019/06/02/menyingkap-rahsia-di-sebalik-kejadian-nur-muhammad/ ]

2. Membawakan hikayat-hikayat dusta tentang kelahiran nabi

Penulis berkata dalam halaman 77-79 dari kitab Majmu’atu Mawalid wa Ad’iyyah ini:

و نطقت بحمله كل دابة لقريش بفصاح الألسن العربية

و خرت الأسرة و الأصنام على الوجوه و الأفواه

و تباشرت وحوش المشارق و المغارب و دوابها البحرية

حضر أمه ليلة مولده اسية و مريم في نسوة من الحظيرة القدسية

Maksudnya, “Dan memberitahukan tentang dikandungnya beliau setiap binatang ternak Quraisy dengan Bahasa Arab yang fasih!

Dan tersungkurlah takhta-takhta dan berhala-berhala atas wajah-wajah dan mulut-mulut mereka!

Dan saling memberi berita gembira binatang-binatang liar di timur dan di barat beserta binatang-binatang lautan!

Saat malam kelahirannya datang kepada ibunya Asiyah dan Maryam beserta para wanita dari syurga!”

Kami katakan: Riwayat ini adalah riwayat yang lemah dan dusta sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama hadith. (Lihat Sirah Nabawiyyah Shahiihah, 1/97-100)

3. Bertawassul dengan zat Nabi

Penulis berkata pada halaman 106 dari kitab Majmu’atu Mawalid wa Ad’iyyah ini:

و نتوسل إليك بشرف الذات المحمدية

و من هو آخر الأنبياء بصورته و أولهم بمعناه

وبآله كواكب أمن البرية

Maksudnya, “Dan kami bertawassul kepada-Mu dengan kemuliaan zat Muhammad

Dan yang dia adalah akhir para nabi secara gambaran dan yang paling awal secara makna

Dan dengan para keluarganya bintang-bintang keamanan manusia”

Jawapan kami: Tawassul dengan zat Nabi dan keluarganya serta orang-orang yang sudah mati adalah tawassul yang bid’ah dan dilarang. Tidak ada satupun doa-doa dari kitab dan sunnah yang terdapat di dalamnya tawassul dengan jah atau kehormatan atau hak atau kedudukan dari para makhluk. Banyak para imam yang mengingkari tawasssul-tawassul bid’ah ini. al-Imam Abu Hanifah berkata: “Tidak selayaknya bagi seorangpun berdoa kepada Allah kecuali dengan-Nya, aku membenci jika dikatakan: “Dengan ikatan-ikatan kemuliaan dari arsy-Mu, atau dengan hak makhluk-Mu.” Dan ini juga perkataan al-Imam Abu Yusuf. (Fatawa Hindiyyah, 5/280)

Syeikh al-Albani berkata: “Yang kami yakin dan kami beragama kepada Allah dengannya bahawa tawassul-tawassul ini tidaklah diperbolehkan dan tidak disyariatkan, kerana tidak ada dalil yang dapat dijadikan hujjah padanya, tawassul-tawassul ini telah diingkari oleh para ulama’ ahli tahqiq dari masa ke masa.” (at-Tawassul anwa’uhu wa Ahkamuhu, hal. 46-47)

4. Menyatakan bahawa kedua orang tua Nabi dihidupkan lagi dan masuk Islam

Penulis berkata dalam halaman 114:

وقد أصبحا والله من أهل الإيمان

و جاء لهذا في الحديث شواهد

فسلم فإن الله جل جلاله

قدير على الإحياء فى كل أحيان

Maksudnya, “Dan sesungguhnya keduanya (Abdullah dan Aminah) telah menjadi ahli iman

Dan telah datang hadith tentang ini dengan syawahidnya (penguat-penguatnya)

Maka terimalah kerana sesungguhnya Allah mampu menghidupkan di setiap waktu”

Jawapan Kami: Hadith tentang dihidupkannya kedua orang tua Nabi dan berimannya keduanya kepada Nabi adalah hadith yang dusta. Syaikh Ibnu Taimiyyah berkata: “Hadith ini tidak sahih menurut ahli hadith bahkan mereka sepakat bahawa hadith itu adalah dusta dan diada-adakan…Hadith ini di samping palsu juga bertentangan dengan al-Qur’an, hadith sahih dan ijma’. (Majmu’ Fatawa, 4/324)

5. Berdoa dan ber”istighatsah” kepada Nabi

Penulis berkata dalam halaman 114:

يا بشير يا نذير

فأغثني و أجرني يا مجير من السعير

يا ولي الحسنات يا رفيع الدرجات

كفر عني الذنوب و اغفر عني السيأت

Maksudnya, “Wahai pemberi berita gembira dan pemberi peringatan

Tolonglah aku dan selamatkan aku, wahai penyelamat dari neraka Sa’ir

Wahai pemilik kebaikan-kebaikan dan pemilik derajat-derajat

Hapuskanlah dosa-dosa dariku dan ampunilah kesalahan-kesalahanku”

Jawapan kami: Ini adalah kesyirikan dan kekufuran yang nyata kerana penulis berdoa kepada Nabi dan menjadikan Nabi sebagai penghapus dosa, dan penyelamat dari azab neraka, padahal Allah berfirman:

قُلْ إِنَّمَا أَدْعُو رَبِّي وَلَا أُشْرِكُ بِهِ أَحَدًا(20) قُلْ إِنِّي لَا أَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلَا رَشَدًا(21) قُلْ إِنِّي لَنْ يُجِيرَنِي مِنَ اللَّهِ أَحَدٌ وَلَنْ أَجِدَ مِنْ دُونِهِ مُلْتَحَدًا(22)

“Katakanlah: “Sesungguhnya Aku hanya menyembah Rabbku dan aku tidak mempersekutukan sesuatupun dengan-Nya”. Katakanlah: “Sesungguhnya aku tidak kuasa mendatangkan suatu kemudharatan pun kepadamu dan tidak pula suatu kemanafaatan”. Katakanlah: “Sesungguhnya aku sekali-kali tiada seorangpun dapat melindungiku dari (azab) Allah dan sekali-kali aku tidak akan memperoleh tempat berlindung selain daripada-Nya”. (Surah Al-Jin, Ayat 20-22)

Syaikh Abdur Rahman bin Nashir as-Sa’di berkata: “Katakanlah kepada mereka wahai rasul sebagai penjelasan dari hakikat dakwahmu: “Sesungguhnya Aku hanya menyembah Rabbku dan aku tidak mempersekutukan sesuatupun dengan-Nya” iaitu aku mentauhidkan-Nya, Dialah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku lepaskan semua yang selain Allah dari berhala dan tandingan-tandingan, dan semua sesembahan yang disembah oleh orang-orang musyrik selain-Nya. Katakanlah: “Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan suatu kemudharatan pun kepadamu dan tidak pula suatu manafaat. Kerana aku adalah seorang hamba yang tidak memiliki sama sekali perintah dan urusan”. Katakanlah: “Sesungguhnya aku sekali-kali tiada seorangpun dapat melindungiku dari (azab) Allah dan sekali-kali aku tidak akan memperoleh tempat berlindung selain daripada-Nya”. Iaitu tidak ada seorang pun yang dapat aku mohon perlindungan agar menyelamatkanku dari azab Allah. Jika Rasulullah pun yang merupakan makhluk yang paling sempurna, tidak dapat memberi kemudharatan dan manfaat, dan tidak dapat menahan dirinya dari Allah sedikitpun, jika Dia menghendaki kejelekan padanya, maka yang selainnya dari makhluk lebih-lebih lagi tidak dapat melakukan itu semua.” (Tafsir al-Karimir Rahman hal. 1522 cet. Dar Dzakhoir)

Ayat-ayat di atas dengan jelas menunjukkan atas larangan berdoa kepada Rasulullah dan bahawa Rasulullah tidak mampu menyelamatkan dirinya dari azab Allah apalagi menyelamatkan orang lain!

Qashidah Burdah Dan Kesesatan-Kesesatannya

Qashidah Burdah terkandung dalam kitab Majmu’atu Mawalid wa Ad’iyyah di dalam halaman 148-173. Qashidah ini ditulis oleh Muhammad al-Bushiri seorang tokoh tariqat Syaziliyyah.

Qashidah Burdah adalah kumpulan bait-bait sya’ir yang di dalamnya terdapat banyak sekali kalimat-kalimat kesyirikan dan kekufuran yang nyata, di antara bait dari qashidah tersebut adalah:

فإن من جودك الدنيا و ضرتها

ومن علومك علم اللوح والقلم

Maksudnya, “Maka sesungguhnya dunia dan akhirat adalah dari kemurahanmu wahai Nabi

Dan dari ilmumu ilmu lauh dan qolam”. (hal 172 dari kitab Majmu’atu Mawalid wa Ad’iyyah)

Sheikh Muhammad bin Sholih al-Utsaimin mengulas perkataan Bushiri di atas dengan berkata: “Ini termasuk kesyirikan yang terbesar, kerana menjadikan dunia dan akhirat berasal dari Nabi yang natijahnya bahawasanya Allah sama sekali tidak mempunyai peranan…” (Qaulul Mufid, 1/218)

Maulid Syarofil-Anam dan Kesesatan-Kesesatannya

Maulid Syarofil Anam terkandung dalam kitab Majmu’atu Mawalid wa Ad’iyyah ini dalam halaman 217, dia juga merupakan kumpulan bait-bait syair yang di dalamnya terdapat banyak sekali kalimat-kalimat yang ghuluw terhadap Nabi, di antara contoh-contoh kalimat tersebut adalah:

السلام عليك يا ماحي الذنوب

السلام عليك يا جالي الكروب

Maksdunya, “Keselamatan semoga terlimpah atas mu wahai penghapus dosa.

Keselamatan semoga terlimpah atasmu wahai penghilang duka-duka”. (Kitab Majmu’atu Mawalid wa Ad’iyyah, hal. 3 dan 4)

يا رسول الله يا خير كل الأنبياء

نجنا من هاوية يا زكي المنصب

Maksudnya, “Wahai Rasulullah wahai yang terbaik dari semua Nabi

Selamatkanlah kami dari neraka Hawiyah wahai pemilik jabatan yang suci”. (Halaman 8 dari kitab Majmu’atu Mawalid wa Ad’iyyah)

Jawapan kami: Ini adalah kesyirikan dan kekufuran yang nyata kerana penulis berdoa kepada Nabi dan menjadikan Nabi sebagai penghapus dosa, penghilang kedukaan, dan penyelamat dari azab neraka, padahal Nabi tidak berkuasa mendatangkan suatu kemudharatan pun dan tidak juga memberi manfaat kepada sesiapa pun, tiada seorang pun dapat melindunginya dari azab Allah dan tidak akan memperoleh tempat berlindung selain daripada-Nya, sebagaimana dalam ayat 20-22 dari Surat al-Jin di atas.

Kemudian di dalam kitab Maulid Syarofil Anam juga terkandung banyak kisah-kisah yang lemah dan dusta sebagaimana dalam kitab Barzanji di atas, seperti kisah ibunda Rasulullah ketika mengandungkan Baginda tidak merasa berat sama sekali, Rasulullah dilahirkan dalam keadaan sudah dikhitan, bercelak, berhala-berhala jatuh tersungkur, bergoncangnya singgahsana Kisra, dan matinya api orang-orang Majusi (Kitab Majmu’atu Mawalid wa Ad’iyyah, hal. 10-12). Kisah-kisah ini adalah kisah-kisah yang lemah dan dusta sebagaimana dijelaskan oleh para ulama’ hadith (Lihat Siroh Nabawiyah Sohihah 1/97-100).

(Dipetik dari tulisan Abu Ahmad As-Salafi, Majalah Al-Furqon, Gresik, edisi 09 tahun VI/ Robi’uts Tsani 1428 /Mei 2007, halaman 41-44 dan dialihbahasa dan disaring oleh Kumpulan Web Darulkautsar).

—————————————————————————————————————-

FATWA: MAULID AL-BARZANJI BID’AH 

Pertanyaan:

Di tempat kami ada yang dikenali sebagai majlis Al-Barzanji, iaitu berkumpul sekumpulan manusia yang mengulang-ulang bacaan sirah Rasul dan mereka berselawat atasnya dengan lagu dan rentak tertentu dan mereka melakukannnya di tempat kami dalam acara-acara tertentu atau majlis-majlis perkahwinan.

Fatwa:

Alhamdulillah, selawat dan salam atas Rasulullah dan atas keluarganya dan Sahabatnya. Adapun setelah itu: Maka ini adalah perkara “muhdats” (perkara baru yang diada-adakan atau dengan kata lain, bid’ah- penterjemah), tidak pernah dikerjakan oleh orang sebaik-baik ummat ini sesudah Nabinya, iaitu mereka para Sahabat Rasulullah s.a.w. berserta agungnya kecintaan mereka terhadap Baginda. Seandainya itu baik maka pasti mereka telah mendahului kita mengerjakannya.

Kita wajib mengagungkan Nabi s.a.w dan kita saling mengkaji sirah Baginda agar kita mendapat petunjuk dengan pentunjuk Baginda dan mengikuti jejak Baginda, berserta ikut kepada Baginda s.a.w dalam hal yang disyariatkannya, dan tidak membuat-buat ibadah-ibadah baru yang Baginda tidak membawakannya, atau tambahan atas ibadah-ibadah yang telah disyariatkannya. Kerana hal itu termasuk sebab-sebab ditolaknya amal atas pelakunya. Maka benar telah bersabda Rasulullah s.a.w:

“مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيهِ أمرُنا فَهُوَ رَدٌّ ” رواه البخاري ومسلم

Barangsiapa beramal suatu amalan bukan berdasarkan atas perintah kami maka dia tertolak. (Diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lainnya)

Wallahu a’lam

(Mufti Markaz fatwa dengan bimbingan Dr Abdullah Al-Faqih, Fatawa Ash-Shabakah Al-Islamiyyah juz 8 halaman 147, fatwa no. 15215, judul: Maulid Al-Barzanji bid’ah, tanggal fatwa 28 Muharram 1423H/ islamweb).

Leave a comment